Monday, June 13, 2011

Sayang Abah! di tv ASTRO PRIMA Jam 10 malam


Selamat Hari Bapa kepada yang bergelar Bapa, Ayah, Papa, Daddy. Dengan ucapan "Saya cayang bapa" sempena hari bapa, kepada peminat Fir semua jangan lupa tonton FIR di Astro Prima pada 19 Jun (Ahad) ini Jam 10:00 malam dalam drama tv "Sayang Abah". Selamat Hari Bapa Sedunia!








Friday, June 10, 2011

FIR dalam Ceciter Cinta bakal ditayangkan 23 Jun ini


Apa yang mengembirakan peminat Fir adalah ramai yang tak sabar untuk menyaksikan FIR dalam drama "Ceciter Cinta" yang akan ditayangkan di ASTRO Ria pada 23 Jun ini, FIR turut berpeluang berlakon bersama Rozita Che Wan, Shahir (Juara AF8). Aida (AF9) dan Tomok arahan Jamal Khan.

FIR memang mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, model dan nyanyian sejak berusia 11 tahun lagi FIR telah mencuba bakat dalam pertandingan Bintang Kecil di Auditorium P.Ramlee Kuching, Sarawak dengan lagu pilihan "Bila Mama Pakai Celana" dan "My Way" yang telah memenangi kategori tempat ketiga dan persembahan terbaik pada tahun 2000. Dengan adanya sifat kerajinan seseorang akan mudah untuk mendapat kejayaan. Kita doakan semoga FIR terus berjaya dan berjaya !

Thursday, June 9, 2011

FIR Banyak Tawaran Berlakon


Alhamdulillah ! Rezeki FIR walaupun tidak berjaya sebagai calon pelajar AF9 tetapi telah banyak mendapat tawaran sebagai pelakon TV pula. Berpindah ke Kuala Lumpur demi untuk mengejar cita-cita dan impian sebagai seorang bergelar artis. kalau bakat seni sudah ada mengalir "jangan tunggu lagi" Tunjukan bakat anda, kalau ada yang terpendam kita cungkil ingat kata-kata Kak Ogy kita Cangkul, Gali dan Pahat! Yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang, "rezeki ada dimana-mana" biasanya gitulah orang cakap kan?

Terkini FIR sedang menyiapkan drama "Berselindung di Sebalik Kaabah"

Setelah selesai beberapa drama antaranya, Hantu Susu, Ceciter Cinta, Sayang Abah dan Nilai Cinta Diana. Dan pada 4hb Jun 2011 jam 10:00 malam di TV2 ada ditayangkan drama TV "Penyayau Kumang" lakonan FIR memegang watak Bayang (Tony Yusof) waktu usia muda.


Kata FIR dalam Mangga online baru ini "Alhamdulillah nampaknya ada juga rezeki saya dalam bidang seni. Saya pun memang minat berlakon, jadi tawaran yang datang saya terima sebaiknya" terkini FIR telah terpilih sebagai model produk Alfio Raldo. Wajah FIR akan menghiasi katalog kempen terbaru Alfio Raldo yang akan diedarkan sekitar bulan depan kepada pelanggan. Dia melaram jam tangan, kacamata, beg sandang dan tal ipinggang model terbaru keluaran Alfio Raldo.





Friday, February 18, 2011

Akademi Fantasia 9 Undi lah FIR



Brmula pada 18 Feb 2011 hingga 3 Mac 2011 para peminat boleh menonton sekaligus mengundi calon FIR (Firdaus dr SARAWAK) dari 40 calon yang terbaik telah terpilih untuk keperingkat seterusnya untuk berjaya ke Akademi Fantasia 9 di www.astro.com.

Dalam peringkat ini, pemilihan adalah berdasarkan 50 peratus undian daripada orangramai dan 50 peratus lagi ditentukan oleh pihak produksi astro.

Setiap pengundi yang berdaftar hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk pada SETIAP HARI.

Akademi Fantasia akan bersiaran pada 2 April 2011.

Terima kasih kepada semua pengundi.



Wednesday, September 22, 2010

Laksa Sarawak

Jalan-jalan cari makan... mikir kemana dan dimana nak pergi. Tiba-tiba Big Momma tepon ngembak makan pa lagik perut dah berkeroncong terus pergi ke golden arch, kita makan Laksa Sarawak. Kawan lamak pun ada bersama siapa itu kalau bukan Mr Hegan
Charlie's Angels barisan pekerja paling senior ex-SAINS

Laksa Sarawak

Breakfast or 'breaktime' ya baruk hampir 3 jam, air dah 2nd round biasa la bila dah lamak sik berjumpa ada-ada ajak cerita/masalah dunia dlm dan luar negara. . Pik Pok Pik Pok mulut dah macam burung murei sik berenti klakar, bila dah kenyang diam, pa gik tunggu masa cukup boleh balik. Skali skala boleh untuk ngilang stress dan tension.

Monday, September 20, 2010

SeLaMaT HaRi RaYa

Persediaan raya tahun ini, wow penat memang penat semua kerja rumah 'sendiri buat' dari AkeZ sapu habis. Kalau tak buat last minute kerja tak sah.. tapi yg sakit ku juga yg tanggung. Kek dan cookies kebanyakan ku buat sendiri, jimat kos lagi pun lebih sedap!


Mak! oh mak! x lamak hari raya bila gie shopping? itu la soalan yg kita dengar dari anak-anak kita, setiap hari sampai hari raya. Pagi raya lain cerita cepat2 salam dgn orangtua tangan bersalam tapi mata tengok ada tak 'green paw', bila dapat cepat2 buka nak tau berapa dpt ? itulah telatah anak-anak ku. Kata orang ' hari raya adalah untuk anak-anak' bagi kita yang semakin matang bukan tua (belum lagi) terpaksa mengalah.


Tahun ini hari raya seperti tahun yang lepas, suasana raya memang seronok dan meriah. Mengujungi kerumah orangtua, sanak saudara dan kawan-kawan lama dan baru. Ada yang tak sempat kita ziarah minta maaf banyak2 insyallah di tahun hadapan kita akan datang.


Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan yang mengenali diriku dan kupohon maaf zahir dan batin! Semoga persahabatan kita semakin bertambah erat dan dimurahkan rezeki! amin

Thursday, September 2, 2010

Happy Anniversary 3988


Pada bulan September tiba, ku selalu menanti tarikh 030988 tarikh hari perkahwinan ku dan sampai pada tarikh hari ini 03092010. Syukur alhamdulillah pintu gerbang perkahwinan ku sampai ke tahap 22 tahun. Bermacam-macam cubaan dan dugaan telah ku tempuhi ada yang masam, manis, pahit dan pedas telah dirasakan, kata orang sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Our anniversary is a time to look back at the good times and a time to look ahead to live our dreams together.-- Catherine PulsiferMay you always look at your husband, the man whom you chose to spend the rest of your life together, with a glow of love and a feeling of being blessed.
I don't pretend to know what love is for everyone, but I can tell you what it is for me; love is knowing all about someone, and still wanting to be with them more than any other person, love is trusting them enough to tell them everything about yourself, including the things you might be ashamed of, love is feeling comfortable and safe with someone, but still getting weak knees when they walk into a room and smile at you.-- Author Unknown

To keep your marriage brimming with love in the loving up, whenever you're wrong, admit it! Wherenever you're right, Shut up!

Followers