Wednesday, April 21, 2010

Warna Kehidupan

Tik Tok jam berbunyi di dinding rumah ku.... masa begitu cepat berlalu, tanpa ku sedari usiaku meningkat setahun lagi.. bila? owh... dalam seminggu lagi sehari selepas kita menyambut cuti Hari Pekerja, bersyukur pada illahi kerana dipanjangkan umur ku sampai setakat ini.. alhamdulillah. Niat dihari lahir ku tahun ini, ingin melihat warna kehidupan ku bersinar terang seperti bulan mengambang 15hb, yang ku inginkan adalah kebahagian, kesenangan, Sehat sentiasa dan semoga allah melindungi kita selalu..Ya Allah bantulah kami... amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah ku di hari lahir ku ......

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi, langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar dihati kita ada sabar dan syukur, Umpama malam dan siang, barulah tercipta kerharmonian, keseimbangan....

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Allah maha berkuasa...rahsia dalam rahsia Allah, ada kalanya takdir dan perbuatan -nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita, yakinlah "what you give, you get back. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Semoga kita akan diberi ketenangan dan kebahagian dalam hidup bersama anak-anak dan suami atau isteri kita. Yakinlah dan jangan kita berhenti memberi kebaikan kerana tidak dapat perhargaan. Allah akan mengerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi..Jangan kita mengharap terima kasih daripada manusia atau kebaikan kita buat kepadanya ..kerana kalau kita tanya "kenapa" kita akan sakit jiwa... kenapa ? umumnya manusia tidak pandai berterima kasih...kerana manusia terlalu "ego"...

Followers