Followers

Friday, November 27, 2009

SAY GOODBYE

CUTE In Loving Memory JULY 2005 - November 2009
I love u so much CUTE .. and I miss U. Pagi awal ku dah bangun membuat persiapan untuk menyambut hari raya aidil adha hari ini.... ku sambut secara sederhana bersama keluarga tapi tidak semeriah hari raya aidil fitri. Biasanya aku dapat mengawal perasaan bila sahaja masalah yang aku alami tetapi pagi ini aku agak keberatan dan menjadi seorang yang pemanas tetapi sebenarnya aku sendiri tidak pasti apa yang mengganggu fikiranku. Kerungsingan mencengkam perasaan sejurus aku bangun dari tidur seawal lima pagi dari pagi semalam. Segala kerja rumah yang ku lakukan sejak semalam turut terjejas, ada sahaja yang tidak kena. Apakah puncanya?

Segala perbuatanku pagi ini seperti tidak kena. Aku amat terganggu, aku cari-cari puncanya. CUTE kucing yang sering aku belai apabila ditinggal keseorangan begini, tiada pula di sisi bagi menemani keresahanku. Mungkin inilah puncanya?

Ku kehilangan suara yang selalu memangil ku diawal pagi. Sememangnya sejak pagi tadi CUTE tidak kelihatan. Biasanya ia akan bersama kami sewaktu sarapan begini. CUTE merupakan kucing kesayangan kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi aku yang telah memelihara kucing ku sejak umurnya 5 bulan, sejak kecil CUTE memang manja dengan kami sekeluarga. CUTE dijumpai didepan pintu rumah kami kerana ditingal oleh ibunya, kira-kira lima tahun yang lalu. CUTE seekor kucing yang manja dan faham apa yang kita katakan padanya.

Aku mencari dan memanggil CUTE tetapi tidak kelihatan oh mungkin petang CUTE akan pulang kerumah untuk makan. Bila petang suamiku balik, dia ternampak dibelakang rumah ku ada seekor binatang mati. Aku ingat kan kucing orang lain atau seekor arnab tetapi bila ku lihat dialah CUTE yang 2 hari tidak kelihatan. Aku tidak dapat menahan kesedihan ku bila melihat keadaannya yang telah mati 2 hari Dikepala nya yang masih berdarah oh kucing ku kena langar dan CUTE cuba untuk menyelamatkan dirinya tetapi dia telah mati akhirnya. Tidak hairan dalam seminggu ini CUTE hanya di rumah dan kelakuan agak aneh dimana CUTE selalu menungu kepulangan ku dan bermanja-manja seperti dia ingin mengatakan sesuatu kepadaku dan inilah jawabannya. CUTE telah pergi untuk selama-lamanya. Aku kehilangan seekor kucing yang aku sayang.

CUTE sayang ku.. disebab kau seekor kucing yang manja nama blog ku ini telah ku beri dengan nama CUTE-MANJA khas ku cipta untuk mu. Tapi kini ianya hanya tinggal kenangan dalam hidupku.. Di Hari Raya Korban tahun ini kan ku ingat untuk sebagai hari terakhir bersama mu CUTE.

Wednesday, November 25, 2009

Anak Ku Dah BeSaR

Happy Birthday To U Fareez


Tidak terasa sudah 19 tahun umur anak ku yang bernama FAREEZ, 19 tahun yang lalu pada 26 November 1990 kamu dilahirkan dari seorang emak yang sangat menyayangimu, penuh pengorbanan untuk melahirkanmu, rasa sakit sudah tidak dirasa lagi ketika emakmu mendengar tangisan pertamamu.. Maka dari itu, tidak ada satu alasanpun untuk menyakiti emak mu,..



Selamat Hari Jadi sayang,.. orangtuamu akan selalu berjuang untuk kebaikanmu di dunia dan di akhirat dengan cara mendidikmu dengan baik,.. semoga kamu beroleh kejayaan....

Tuesday, November 24, 2009

Buat Baik Berpada-pada Buat Jahat Jangan Sekali

Bulan November banyak cubaan dan dugaan ku hadapi... tapi aku sabar menerima dengan penuh kesabaran. Mungkin ada hikmah disebalik selepas kejadian yang diuji oleh allah yang maha esa keatas hambanya. Alhamdulillah bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan untuk bersama-sama keluarga, suami tercinta dan anak-anak kesayangan ku.

Pada pagi ini biarlah ku merenung akan perkara-perkara yang dapat melindungi diri kita dari sebarang tindakan yang tidak menentu akibat dari perasaan tidak puas hati atau kecewa yang amat sangat atau 'lepas geram'. Sebenarnya perbuatan 'lepas geram' jika dibuat dengan sedar atau dibuat dalam keadaan kita tidak sedar apa yang kita lakukan, ia akan memberi satu macam kepuasan dan hasilnya adalah positif kerana apa yang kita lakukan menyebabkan rasa puas dan lapang. Akibat dari perbuatan itu, sasarannya pula adalah manusia yang mungkin tidak ada kena mengena dengan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena. Akibatnya kita disalah ertikan.

Suami ku selalu berpesan katanya Buat Baik Berpada-pada Buat Jahat Jangan Sekali: Kalau kita renung ungkapan dan dari kata-kata ini, kita menerima pesanan bahawa dalam hidup kita ini, apa juga kebaikan yang kita buat hendaklah jangan melampau, buatlah apa yang difikirkan baik, tetapi hendaklah pada kadar tertentu, disamping itu kita dipesan agar tidak membuat apa juga yang dikatakan jahat.

Inilah lumrah kehidupan, manusia tidak dapat menilai hati budi seorang. Dalam hidup ini kita tak boleh keseorangan..perlukan teman..orang kata teman lebih bererti dari cinta. benar ke? susah aku nak jangka.. ada kawan yang menikam, ada yang baik dan ada yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri, manusia seperti ini tak sesuai untuk dijadikan teman sejati..sedihnya hati aku..aku telah sedaya upaya untuk berbuat baik kepada semua teman-teman ku dan saudaara-mara yang dikasihi dengan sedaya upaya memberi pertolongan apa yang patut dibantu tetapi setelah apa yang mereka hajati tercapai mereka seakan-akan seperti 'Kacang Lupakan Kulit" bila dah senang mereka mudah lupa pergorbanan yang bergelar sahabat sejati.

Monday, November 23, 2009

You Are My Sunshine


Kenapa Blog? Ini pertanyaan yang belum terjawab sejak mula pertama tertarik membuat Blog sekitar setahun yang tahun lalu. Jadi, saya pikir, dari awal membuat Blog dulu. Barangkali ada pertanyaan itu bakal terjawab sendiri.

Apa yang mahu ku tulis setiap hari? Yang pasti bukan diary, seperti Blognya anak-anak muda. Apakah jawaban? Makin dicari-cari jawabannya semakin membingungkan. Sejak berapa bulan saya tidak update blog ku ini disebabkan kesibukan kerja harian. Tapi, saya pikir kemudian, setiap hari saya akan merasakan atau memikirkan sesuatu. kalau boleh , saya mahu menuliskan segala sesuatu yang sedang saya rasakan atau saya pikirkan.

Siapa yang akan membaca tulisan saya? Jika ternyata ada orang yang ikut membaca, itu sekadar bonus. Anggaplah Blog ini rumah baru saya dalam kehidupan baru saya — kehidupan setelah berusia 42 tahun.

Life begins at forty, kata orang. Betul atau tidak, sudah tiba waktunya saya menjalani kehidupan dengan attitude berbeza dengan hari-hari yang akan dilalui. Bukan lagi menikmati kehidupan, enjoying life, tetapi merasakan kebahagian kehidupan.

In the twenties and the thirties you want your love in large amounts. But after you reach forty, it's the quality that counts Yes, life begins at forty. And I've just begun to live all over again

Thursday, September 10, 2009

VOTE FOR DOZ

Jangan Lupa hantar SMS ke
GET BREEZEM9
sent to
36660





Degap degup jantung ku... bila melihat saat terakhir persiapan DOZ ke peringkat akhir BREEZE Super Search MODEL. Esok (12 Septermber 2009 adalah hari penentuan siapakah JUARA. Anak yang masuk bertanding Mak yang mengigil... Marilah sama-sama kita berdoa untuk beliau semoga DOZ berjaya ! ! ! Terima Kasih diucapkan atas sokongan anda semua.

Tuesday, September 1, 2009

Hari Ulangtahun Perkahwinan


Pada 3hb September, hari ulangtahun perkahwinan ku yang ke 21 tahun. Masa berlalu begitu cepat, anak-anak ku pun dah dewasa. Umur pun meningkat setahun ke setahun. Selama 21 tahun dunia perkahwinan ku bermacam-macam cubaan dan dugaan yang dilalui, pahit dan manis ku rasai namu ku hadapi dengan tabah. Kesabaran membawa berkat.....


Impian ku semoga RUMAH tangga ku bahagia dan aman tenteram, ikatan kasih sayang dua insan dipadukan dengan harapan semoga berkekalan sepanjang hayat. Namun, dalam kehidupan berumah tangga pasti tidak lekang daripada dugaan dan pancaroba yang boleh menggugat kesejahteraan.












Thursday, August 27, 2009

Gelagat Anak ku

Bintang Kecil

' Comel nya '
Firdaus atau nama gelaran DOZ...anak Sulung dari 3 adik beradik, yang ke dua bernama Farez dan ketiga bernama Kathy..
Makanan kegemeran beliau adalah "mee kolok'. Minat menyanyi sejak dari kecil sampailah sekarang. Memang 'cute' sejak dari baby lagi, banyak cubaan dan dugaan serta pengorbanan telah dilalui.... amboi amboi bila dah besar lain pula cerita.... peramah itulah dia, kata orang cerita x pandei habis, like mother like son... tapi ada kebaikan. Minat dalam bidang MASSCOM, pelajar dari Segi College.



Sewaktu berusia 11 tahun, memasuki bintang kecil (RTM), bukan main lagi aksi beliau. Bila menyanyi lagi "My Way" emak nya pula yang menangis, melihat anak dapat menyampai lagu tersebut dengan penuh semangat. Alhamdulillah .. dengan bakat yang ada, beliau mencuba untuk memasuki Akademi Fantasia musim ke 4 tetapi belum ada rezeki. Beliau selalu dijemput untuk membuat persembahan menyanyi kemana sahaja. Jangan tak cuba....

Awal tahun ini, beliau memberitahu hasratnya untuk mencuba di bidang modelling. Oh anak ku nak jadi model pula... tiba-tiba keluar iklan mencari model "Breeze Super Search Model Magazines" satu peluang untuk beliau mencuba.

Apa ditunggu ambil borang bayar RM25 untuk memasuki pertandingan. Ada dalam 400 perserta tetapi beliau terus mencuba dan mencuba.... dengan bakat yang ada alhamdulillah beliau telah berjaya ke finalist. Untuk penyampaian hadiah nanti dengar khabar pada September 12 di Four Point Hotel. Marilah kita berdoa semoga beliau berjaya sempena pada 26 September nanti genap lah usia beliau 20 tahun. Perjalanan masih jauh...
TQ so much to Big Momma...... 5 kotak free pencuci Breeze