Wednesday, April 22, 2009

Khasiat Ikan Bilis

Harumnya ikan bilis bila dibuat Cucur @pusuk









Setiap hari tercium wangi masakan Cucur Pusuk @ di Malaysia sini dinamakan ikan bilis.
Sejak kecil lagi mak memasak untuk saya cucur pusuk @ ikan bilis untuk makanan di waktu pagi atau petang. Ianya menjadi salah satu makanan yang disukai oleh semua orang.

Disini datanglah ilham untuk membuat cucur pusuk @ ikan bilis sebagai produk jualan makanan harian untuk diperkenalkan kepada semua orang. Namun saya sangat gembira bila ianya menjadi makanan yang disukai. Setiap pelanggan yang membeli dan merasa akan memberi komen “Nang Nyaman”.
Salah satu bahan yang dicampur untuk membuat cucur pusuk adalah Bawang Besar. Tahukah anda khasiat memakan bawang akan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik tetapi menaikkan tahap kolesterol yang baik. Ia juga menurunkan tekanan darah, membantu menentang jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat batuk, melawaskan buang air kecil, haid dan menyingkirkan batu karang.



Dan akhir sekali yang membuat cucur pusuk @ ikan bilis “nang nyaman” adalah daun sup di Asia adalah lebih halus, berwarna hijau gelap dan mempunyai rasa lebih kuat berbanding daun sup Barat yang lebih tebal dan berwarna hijau terang. Daun sup mempunyai rasa yang hampir sama dengan daun pasli, dan banyak digunakan sebagai bahan perasa berbanding dimakan mentah. Daun Sup megandungi kandungan protein yang banyak. Tahukah Anda? Daun sup berfungsi sebagai perangsang selera dan diuretik.








1 comment:

  1. salam..
    tumpang tanye..

    ape khasiat kepala ikan bilis...

    malas pulak nk buang kepala..

    main campak je~

    kui3~

    Terima kasih

    ReplyDelete

Followers