Monday, June 20, 2011

Telemovie Ceciter Cinta


Gambar terbaru FIR AF yang terbaru khas kepada peminat yang sentiasa menyokong FIR !

Tak sabar nak tengok telemovie Ceciter Cinta di Astro Ria (104) pada 23hb Jun 2011 hari Khamis ini. Lagu tema telemovie ni lagu Jahatnya Cinta nyanyian Akim AF7 & Stacy AF6. Antara pelakon utama telemovie ni ialah Rozita Che Wan, Shahir AF8, Tomok, Fir AF, Aida AF9. Sebenarnya tak sabar nak tengok FIR berlakon dalam telemovie "Ceciter Cinta" pasti yang paling BEST !

SAYAAAANG ABAH


It's so touching jalanan cerita "Sayaaaang Abah" adalah cerita yang terbaik! Sungguh menyayat hati semua penonton.. ada yang rembak-rembeh airmata, menanggis sampai bengkak mata! Semuanya kerana cerita "Sayaaaang Abah" yang menceritakan bagaimana kasih sayang seorang abah kepada anak gadis yang lepasan SPM akan meninggalkan abahnya untuk pergi mencari rezeki untuk menolong abah dan mengubah cara kehidupan mereka. Tetapi seorang Abah tidak akan menzahirkan rasa sayang itu seperti mana seorang ibu lakukan, namun siapa tahu yang hatinya sentiasa berdoa siang dan malam. Itulah abah sayang sangat kat kamu, hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan hati Abah pada kamu. Begitulah perjalanan cerita "Sayaaaang Abah"! Apa pula kenangan yang anda tak dapat lupakan bersama Abah yang tercinta???? Memperkenalkan FIR Affandi megang watak sebagai JOE..

Monday, June 13, 2011

Sayang Abah! di tv ASTRO PRIMA Jam 10 malam


Selamat Hari Bapa kepada yang bergelar Bapa, Ayah, Papa, Daddy. Dengan ucapan "Saya cayang bapa" sempena hari bapa, kepada peminat Fir semua jangan lupa tonton FIR di Astro Prima pada 19 Jun (Ahad) ini Jam 10:00 malam dalam drama tv "Sayang Abah". Selamat Hari Bapa Sedunia!








Friday, June 10, 2011

FIR dalam Ceciter Cinta bakal ditayangkan 23 Jun ini


Apa yang mengembirakan peminat Fir adalah ramai yang tak sabar untuk menyaksikan FIR dalam drama "Ceciter Cinta" yang akan ditayangkan di ASTRO Ria pada 23 Jun ini, FIR turut berpeluang berlakon bersama Rozita Che Wan, Shahir (Juara AF8). Aida (AF9) dan Tomok arahan Jamal Khan.

FIR memang mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, model dan nyanyian sejak berusia 11 tahun lagi FIR telah mencuba bakat dalam pertandingan Bintang Kecil di Auditorium P.Ramlee Kuching, Sarawak dengan lagu pilihan "Bila Mama Pakai Celana" dan "My Way" yang telah memenangi kategori tempat ketiga dan persembahan terbaik pada tahun 2000. Dengan adanya sifat kerajinan seseorang akan mudah untuk mendapat kejayaan. Kita doakan semoga FIR terus berjaya dan berjaya !

Thursday, June 9, 2011

FIR Banyak Tawaran Berlakon


Alhamdulillah ! Rezeki FIR walaupun tidak berjaya sebagai calon pelajar AF9 tetapi telah banyak mendapat tawaran sebagai pelakon TV pula. Berpindah ke Kuala Lumpur demi untuk mengejar cita-cita dan impian sebagai seorang bergelar artis. kalau bakat seni sudah ada mengalir "jangan tunggu lagi" Tunjukan bakat anda, kalau ada yang terpendam kita cungkil ingat kata-kata Kak Ogy kita Cangkul, Gali dan Pahat! Yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang, "rezeki ada dimana-mana" biasanya gitulah orang cakap kan?

Terkini FIR sedang menyiapkan drama "Berselindung di Sebalik Kaabah"

Setelah selesai beberapa drama antaranya, Hantu Susu, Ceciter Cinta, Sayang Abah dan Nilai Cinta Diana. Dan pada 4hb Jun 2011 jam 10:00 malam di TV2 ada ditayangkan drama TV "Penyayau Kumang" lakonan FIR memegang watak Bayang (Tony Yusof) waktu usia muda.


Kata FIR dalam Mangga online baru ini "Alhamdulillah nampaknya ada juga rezeki saya dalam bidang seni. Saya pun memang minat berlakon, jadi tawaran yang datang saya terima sebaiknya" terkini FIR telah terpilih sebagai model produk Alfio Raldo. Wajah FIR akan menghiasi katalog kempen terbaru Alfio Raldo yang akan diedarkan sekitar bulan depan kepada pelanggan. Dia melaram jam tangan, kacamata, beg sandang dan tal ipinggang model terbaru keluaran Alfio Raldo.





Followers