Thursday, June 9, 2011

FIR Banyak Tawaran Berlakon


Alhamdulillah ! Rezeki FIR walaupun tidak berjaya sebagai calon pelajar AF9 tetapi telah banyak mendapat tawaran sebagai pelakon TV pula. Berpindah ke Kuala Lumpur demi untuk mengejar cita-cita dan impian sebagai seorang bergelar artis. kalau bakat seni sudah ada mengalir "jangan tunggu lagi" Tunjukan bakat anda, kalau ada yang terpendam kita cungkil ingat kata-kata Kak Ogy kita Cangkul, Gali dan Pahat! Yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang, "rezeki ada dimana-mana" biasanya gitulah orang cakap kan?

Terkini FIR sedang menyiapkan drama "Berselindung di Sebalik Kaabah"

Setelah selesai beberapa drama antaranya, Hantu Susu, Ceciter Cinta, Sayang Abah dan Nilai Cinta Diana. Dan pada 4hb Jun 2011 jam 10:00 malam di TV2 ada ditayangkan drama TV "Penyayau Kumang" lakonan FIR memegang watak Bayang (Tony Yusof) waktu usia muda.


Kata FIR dalam Mangga online baru ini "Alhamdulillah nampaknya ada juga rezeki saya dalam bidang seni. Saya pun memang minat berlakon, jadi tawaran yang datang saya terima sebaiknya" terkini FIR telah terpilih sebagai model produk Alfio Raldo. Wajah FIR akan menghiasi katalog kempen terbaru Alfio Raldo yang akan diedarkan sekitar bulan depan kepada pelanggan. Dia melaram jam tangan, kacamata, beg sandang dan tal ipinggang model terbaru keluaran Alfio Raldo.





Friday, February 18, 2011

Akademi Fantasia 9 Undi lah FIR



Brmula pada 18 Feb 2011 hingga 3 Mac 2011 para peminat boleh menonton sekaligus mengundi calon FIR (Firdaus dr SARAWAK) dari 40 calon yang terbaik telah terpilih untuk keperingkat seterusnya untuk berjaya ke Akademi Fantasia 9 di www.astro.com.

Dalam peringkat ini, pemilihan adalah berdasarkan 50 peratus undian daripada orangramai dan 50 peratus lagi ditentukan oleh pihak produksi astro.

Setiap pengundi yang berdaftar hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk pada SETIAP HARI.

Akademi Fantasia akan bersiaran pada 2 April 2011.

Terima kasih kepada semua pengundi.



Wednesday, September 22, 2010

Laksa Sarawak

Jalan-jalan cari makan... mikir kemana dan dimana nak pergi. Tiba-tiba Big Momma tepon ngembak makan pa lagik perut dah berkeroncong terus pergi ke golden arch, kita makan Laksa Sarawak. Kawan lamak pun ada bersama siapa itu kalau bukan Mr Hegan
Charlie's Angels barisan pekerja paling senior ex-SAINS

Laksa Sarawak

Breakfast or 'breaktime' ya baruk hampir 3 jam, air dah 2nd round biasa la bila dah lamak sik berjumpa ada-ada ajak cerita/masalah dunia dlm dan luar negara. . Pik Pok Pik Pok mulut dah macam burung murei sik berenti klakar, bila dah kenyang diam, pa gik tunggu masa cukup boleh balik. Skali skala boleh untuk ngilang stress dan tension.

Monday, September 20, 2010

SeLaMaT HaRi RaYa

Persediaan raya tahun ini, wow penat memang penat semua kerja rumah 'sendiri buat' dari AkeZ sapu habis. Kalau tak buat last minute kerja tak sah.. tapi yg sakit ku juga yg tanggung. Kek dan cookies kebanyakan ku buat sendiri, jimat kos lagi pun lebih sedap!


Mak! oh mak! x lamak hari raya bila gie shopping? itu la soalan yg kita dengar dari anak-anak kita, setiap hari sampai hari raya. Pagi raya lain cerita cepat2 salam dgn orangtua tangan bersalam tapi mata tengok ada tak 'green paw', bila dapat cepat2 buka nak tau berapa dpt ? itulah telatah anak-anak ku. Kata orang ' hari raya adalah untuk anak-anak' bagi kita yang semakin matang bukan tua (belum lagi) terpaksa mengalah.


Tahun ini hari raya seperti tahun yang lepas, suasana raya memang seronok dan meriah. Mengujungi kerumah orangtua, sanak saudara dan kawan-kawan lama dan baru. Ada yang tak sempat kita ziarah minta maaf banyak2 insyallah di tahun hadapan kita akan datang.


Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan yang mengenali diriku dan kupohon maaf zahir dan batin! Semoga persahabatan kita semakin bertambah erat dan dimurahkan rezeki! amin

Thursday, September 2, 2010

Happy Anniversary 3988


Pada bulan September tiba, ku selalu menanti tarikh 030988 tarikh hari perkahwinan ku dan sampai pada tarikh hari ini 03092010. Syukur alhamdulillah pintu gerbang perkahwinan ku sampai ke tahap 22 tahun. Bermacam-macam cubaan dan dugaan telah ku tempuhi ada yang masam, manis, pahit dan pedas telah dirasakan, kata orang sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Our anniversary is a time to look back at the good times and a time to look ahead to live our dreams together.-- Catherine PulsiferMay you always look at your husband, the man whom you chose to spend the rest of your life together, with a glow of love and a feeling of being blessed.
I don't pretend to know what love is for everyone, but I can tell you what it is for me; love is knowing all about someone, and still wanting to be with them more than any other person, love is trusting them enough to tell them everything about yourself, including the things you might be ashamed of, love is feeling comfortable and safe with someone, but still getting weak knees when they walk into a room and smile at you.-- Author Unknown

To keep your marriage brimming with love in the loving up, whenever you're wrong, admit it! Wherenever you're right, Shut up!

Wednesday, August 18, 2010

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua kengkawan yang beragama islam dan selamat sejahtera pada kawan-kawan yang bukan beragama islam, pertama sekali ingin ku ucapkan selamat menjalani ibadat puasa ramadhan. Semoga kita semua di berkati dan di rahmati oleh Allah s.w.t. Agak lama juga saya tidak menulis diruangan blog cute-manja kerana kesibukan kerja seharian.

Masa untuk ku tidur hanya 5 jam itu adalah yg terbaik kalau tidak hanya 4 jam sehari. Persiapan untuk berbuka puasa dan sahur semua dilakukan oleh kita yang bergelar "Lady boss" dirumah, banyak lagi kerja yang menanti untuk diuruskan. Kalau ku fikir boleh membuat aku menjadi "binggung". Pesanan mak angkat ku jangan dipikir gilak katanya. Dibulan puasa saat yang paling best adalah bila waktu berbuka dimana anak-anak dapat bergumpul bersama-sama keluarga untuk makan bersama dan diwaktu sahur. Inilah saat-saat yang paling menyeronokan, kata orangtua marek 'sejuk rasa hati.

Wednesday, June 23, 2010

artis baru

hi semua! berjumpa lagi .... mintak maaf adik kakak, kawan semua dah lamak sik gossip dlm blog tok. bila ku sign in dah ya sign out ... ntah tiba2 ilang mood nak Let's ngerepak kata kawan kita big mama!











Hari tok ku nak criter pasal artis baru yang lamak dikenal kitak orang (semua orang tahu) timbul balit dalam bidang nyanyian.. mula-mula menyanyi dah ya model lepas kepak bergaya tahun lepas molah tv drama (belum kuar gik criter ya, akan di main di TV. nama drama tok tek Agik Idup Agik Ngelaban) tv apa ? owh... TV1 kelak coming soon tapi this year.



Tok kembali lagi dibidang nyanyian .. banyak dah jemputan nak tauk siapa kah itu... siapa lagik mun sik Firdaus nama glamour Pdozz .... last friday berlagu di Spring pa lagik banyak geng yang tauk ngantar sms madah eh... boleh tahan anak kitak berlagu... nang boleh tahan .. makseh makseh kata mama nya .. pa lagik...numpang glamour .. tapi ku doakan semoga anak ku berjaya dengan cemerlang semoga apa yang dihajati anakku untuk berjaya suatu hari kelak akan dikabulkan oleh tuhan..amin.

Followers