
Tak sabar nak tengok cerita komedi "Hantu Susu" pada 21 Julai 2011 jam 9 malam di Astro ria. Antara pelakon yang akan menjayakan komedi ini adalah Era Fazira, Amy Mastura, Saiful Apek, Fir Affandi, Masha dan Zarina.. pasti lawak!
Dah beli majalah Media Hiburan minggu ini? Jangan lupa untuk mendapatkan senaskah cepat-cepat nanti kehabisan pula .. kerana anda akan dapat melihat FIR beraksi dengan meragamkan gaya kasual dan gaya santai sebagai Gaya Aktor yang kian meningkat naik namanya dan semakin mencuri tumpuan menerusi drama "ceciter cinta" di Astro.
Gambar terbaru FIR AF yang terbaru khas kepada peminat yang sentiasa menyokong FIR !
Tak sabar nak tengok telemovie Ceciter Cinta di Astro Ria (104) pada 23hb Jun 2011 hari Khamis ini. Lagu tema telemovie ni lagu Jahatnya Cinta nyanyian Akim AF7 & Stacy AF6. Antara pelakon utama telemovie ni ialah Rozita Che Wan, Shahir AF8, Tomok, Fir AF, Aida AF9. Sebenarnya tak sabar nak tengok FIR berlakon dalam telemovie "Ceciter Cinta" pasti yang paling BEST !
Apa yang mengembirakan peminat Fir adalah ramai yang tak sabar untuk menyaksikan FIR dalam drama "Ceciter Cinta" yang akan ditayangkan di ASTRO Ria pada 23 Jun ini, FIR turut berpeluang berlakon bersama Rozita Che Wan, Shahir (Juara AF8). Aida (AF9) dan Tomok arahan Jamal Khan.
FIR memang mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan, model dan nyanyian sejak berusia 11 tahun lagi FIR telah mencuba bakat dalam pertandingan Bintang Kecil di Auditorium P.Ramlee Kuching, Sarawak dengan lagu pilihan "Bila Mama Pakai Celana" dan "My Way" yang telah memenangi kategori tempat ketiga dan persembahan terbaik pada tahun 2000. Dengan adanya sifat kerajinan seseorang akan mudah untuk mendapat kejayaan. Kita doakan semoga FIR terus berjaya dan berjaya !
Terkini FIR sedang menyiapkan drama "Berselindung di Sebalik Kaabah"
Setelah selesai beberapa drama antaranya, Hantu Susu,
Ceciter Cinta, Sayang Abah dan Nilai Cinta Diana.
Dan pada 4hb Jun 2011 jam 10:00 malam di TV2 ada ditayangkan drama TV "Penyayau Kumang" lakonan FIR memegang watak Bayang (Tony Yusof) waktu usia muda.
Kata FIR dalam Mangga online baru ini "Alhamdulillah nampaknya ada juga rezeki saya dalam bidang seni. Saya pun memang minat berlakon, jadi tawaran yang datang saya terima sebaiknya" terkini FIR telah terpilih sebagai model produk Alfio Raldo. Wajah FIR akan menghiasi katalog kempen terbaru Alfio Raldo yang akan diedarkan sekitar bulan depan kepada pelanggan. Dia melaram jam tangan, kacamata, beg sandang dan tal ipinggang model terbaru keluaran Alfio Raldo.